Friday, August 14, 2009

MADAH CINTA ZAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah
jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada
kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih
lagi unsur dan bukannya sebatian.
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan masih lagi
belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga
di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan
cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-
janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui
proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop
cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih
aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian
segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan
arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah
tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg
seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau
belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan
ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku
akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami
plasmolis.
Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,
tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan
aku sendirian...

p/s: kalau macamni laa… baik x payah bercinta, wat pening kepala jew bagi student yang x amek coz fizik or kimia… hehehehe…

0 comments: